Tuesday, February 4, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk kampung dipindah, kebakaran hutan di pergunungan Alps

    GENEVA, 18 JULAI – Kira-kira 150 orang anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan di Pergunungan Alps Switzerland, menurut perkhidmatan kecemasan hari ini, dengan lebih 200 orang penduduk kampung dipindahkan.

    Kebakaran berlaku kelmarin di sebuah hutan di atas perkampungan Bitsch di kawasan hulu Wallis di selatan Switzerland. Kebakaran berada di bahagian utara lembah sungai Rhone.

    “Campur tangan segara dilaksanakan. Kami masih berusaha mengawal api yang merebak dengan pantas,” kata polis Wallis dalam satu kenyataan.

    Anggota bomba tempatan turut disertai oleh orang awam dan helikopter tentera.

    “Kira-kira 150 orang anggota bomba berusaha memadam kebakaran, yang mana pada ketika ini masih belum berjaya dikawal,” menurut kenyataan polis.

    Empat buah perkampungan desa telah dipindahkan. Menurut penyiar negara, RTS, yang memetik kenyataan polis Wallis, berkata bahawa 205 orang telah dipindahkan. Kebanyakan mereka telah diarah untuk tinggal bersama rakan dan keluarga.- AFP

    Sebuah helikopter tentera berusaha memadam kebakaran hutan.- AFP

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda