Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Mukim Sengkurong buang undi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Penghulu Mukim Sengkurong berlangsung hari ini di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, Kampung Jerudong.

    Hadir bagi menyaksikan majlis itu ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Dua calon yang layak telah dibawa ke majlis pengundian dan pemilihan itu. Calon yang pertama, Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman, 67, telah mendapat 1,154 undi. Beliau telah bermastautin di Kampung Sengkurong A sejak lahir dan memperoleh kelulusan Sarjana Sastera di Fakulti Sains Sosial, Universiti Durham pada tahun 1989.

    Manakala calon kedua, Haji Mustapa bin Haji Masri, 61, telah mendapat 222 undi pada majlis itu dan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sastera dari Politeknik Middlesex pada tahun 1987.

    Keputusan pengundian dan pemilihan calon ketua-ketua kampung itu akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

    Penduduk Mukim Sengkurong sedang membuang undi.
    Antara yang hadir mengundi.

    Keputusan undi pemilihan calon Ketua Penghulu Mukim Sengkurong.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda