Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk tetap yang dilaporkan hilang berjaya ditemui

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Seorang penduduk tetap berusia 34 tahun, yang dilaporkan hilang empat hari lalu di hutan Ulu Belait, telah ditemui dalam keadaan selamat.

    Menurut kenyataan daripada pihak polis, mangsa ditemui oleh Unit Polis RU ‘C’ Pasukan Polis Diraja Brunei bersama K9 Gurkha pada jam 6:30 petang hari ini selepas misi mencari dan menyelamat di kawasan hutan itu setelah mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah.

    Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait untuk rawatan lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda