Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penerbangan ke-4 bakal haji negara selamat mendarat di Madinah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Seramai 252 orang bakal jemaah haji yang menggunakan pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI4207 dari penerbangan keempat telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 2:45 petang waktu Madinah, kelmarin.

    Hadir bagi menyambut ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Riyadh Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid; Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani; Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan),Dr. Haji Mohd Athaaillah bin Haji Abdullah; dan pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Penerbangan keempat itu membawa seramai 249 orang bakal jemaah haji negara, iaitu 116 orang lelaki dan 133 orang perempuan mengikuti Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd.

    Turut mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan keempat tersebut ialah tiga orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.

    Tuan Yang Terutama Haji Harun menyambut kedatangan bakal-bakal jemaah haji dari penerbangan keempat, kelmarin. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...