Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan MH79 dilencong atas isu teknikal

    PUTRAJAYA, 24 NOV – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City susulan isu teknikal semasa penerbangan.

    Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10:40 pagi.

    “Demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan melencongkan penerbangan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.

    “Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi,” katanya. Menurut kenyataan itu, penumpang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing manakala sebahagian daripadanya disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda