YANGON, 7 OGOS – Sebuah mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas seorang penerbit media veteran Australia selepas serbuan polis menemui dadah tersembunyi di kediamannya tahun lalu.
Ross Dunkley, 60, mempunyai kaitan lama dengan industri media di seluruh Asia Tenggara, merupakan pengasas bersama akhbar berbahasa Inggeris, The Myanmar Times semasa negara itu di bawah cengkaman kediktatoran tentera. Dia juga pernah menjadi pengasas bersama Phnom Penh Post di Kemboja.
Polis memberkasnya bersama rakan kongsi perniagaan, John McKenzie dan tujuh orang warga Myanmar semasa serbuan pada Jun 2018 di kediamannya di ibu negara komersial, Yangon.
“Ross Dunkley dan John McKenzie dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun,” kata hakim Myint Myint Maw memberitahu Mahkamah Daerah Barat Yangon hari ini. – AFP