Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengadil bola Sepak Thailand digantung

    BANGKOK, 1 NOV – Pihak berkuasa bola sepak Thailand telah mengumumkan hari ini bahawa mereka telah menggantung seorang pengadil yang dituduh menggunakan kata kasar berunsur perkauman terhadap seorang pemain Thai-Ghana semasa perlawanan divisyen ketiga.

    Abdul Qadiri Hamit, 22 tahun, pemain Pasukan Prachinburi City FC, melaporkan pengadil tersebut membuat komen yang tidak senonoh kepadanya semasa perlawanan pada Ahad lalu, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

    Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thai) telah menggantung pengadil tersebut daripada semua pertandingan,” kata FA Thai dalam satu kenyataan.

    Penggantungan itu akan kekal sementara ‘penyiasatan mencari fakta’ dijalankan, menurut kenyataan itu.

    Pasukan Hamit telah menyuarakan sokongan mereka dalam satu kenyataan yang telah dilaporkan oleh media tempatan pada awal minggu ini.

    “Kami menentang perkauman, sindiran atau kata-kata kasar yang berkaitan dengan bangsa, agama atau keturunan,” kata pihak Prachinburi City.

    Pengadil tersebut dituduh menggunakan perkataan yang setara dengan perkataan berunsur perkauman dalam bahasa Thailand, dan kelab tersebut mengesahkan bahawa ia bukan kali pertama pemain itu berdepan komen yang sama di atas padang.

    Abdul Qadiri Hamit sendiri telah mengongsikan pandangannya di laman Facebook peribadinya dengan menulis, “Sebagai seorang pengadil, seharusnya awda menggunakan kata-kata yang lebih beradab.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...