Saya ingin mengungkapkan rasa kecewa berikutan ekspo terbaharu teknologi, terutama yang berkaitan dengan kejohanan permainan video.
Saya menyedari bahawa kebanyakan pasukan teratas yang menyertai kejohanan itu adalah mereka yang terdiri daripada pemilik, penaja atau pengurusan tertentu, yang juga menjadi penganjur kejohanan tersebut.
Perkara ini menyebabkan banyak aduan dan perasaan bercampur-baur antara pemain-pemain yang lain di mana merasakan penganjur kejohanan itu seakan-akan berat sebelah ke arah pasukan mereka sendiri dan seperti tidak memberikan peluang kepada peserta lain untuk menang.
Malah terdapat juga dakwaan bahawa wang pendaftaran
telah ditambah untuk hadiah keseluruhan di mana yang difahami akan membuatkan orang keliru dan marah seakan-akan pemain yang mengambil bahagian hanya akan melihat wang mereka pergi kepada pasukan penganjur yang menguasai kejohanan.
Perkara ini memalukan sebagaimana kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyokong e-Sport tempatan akan tetapi pihak penganjur gagal untuk mengikuti protokol dan etika dengan betul.
Saya berharap pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini dan tidak mengulangi lagi perkara ini pada masa yang akan datang. – Kris K