Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pengarah universiti dipaksa letak jawatan kerana keganasan rumah tangga

    PARIS, 7 DIS – Beberapa orang pelajar di salah sebuah universiti paling berprestij di Perancis telah berhimpun di premis universiti tersebut hari ini menuntut peletakan jawatan pengarahnya berikutan penahanannya kerana disyaki melakukan keganasan rumah tangga.

    Mathias Vicherat, Pengarah universiti sains sosial, Sciences Po dan pasangannya, Anissa Bonnefont telah ditangkap pada Ahad lalu, masing-masing menuduh satu sama lain melakukan keganasan rumah tangga. Bagaimanapun, mereka dibebaskan Isnin lalu.

    Kira-kira 100 orang pelajar telah mengadakan bantahan di bangunan universiti utama di Paris, di kawasan tebing Saint-Germain, menurut pertubuhan pelajar, disokong oleh undian pada perhimpunan agung badan pelajar itu.

    “Satu-satunya respons yang mungkin diambil oleh pentadbiran ialah menggantung Mathias Vicherat daripada semua tugasnya dan peletakan jawatannya,” menurut teks yang diluluskan oleh badan pelajar itu.

    Para pelajar ‘marah’ terhadap ‘tindakan lepas daripada hukuman yang berterusan’ di Sciences Po, katanya.

    Vicherat telah menulis surat kepada pelajar, guru dan kakitangan, berjanji untuk bertemu dengan mereka ‘tidak lama lagi’.

    Vicherat dilantik sebagai ketua Sciences Po selepas peletakan jawatan penggantinya, Frederic Mion, yang dituduh menutup skandal hubungan keluarga angkat terhadap ahli sains politik terkenal, Olivier Duhamel yang merupakan Ketua Yayasan Sciences Po yang mempunyai kuasa strategik ke atas universiti itu.

    “Beliau dipilih berikutan skandal Duhamel-Mion, berdasarkan hampir sepenuhnya ke atas rancangan untuk memerangi keganasan seksual dan seksis,” kata seorang pelajar tahun lima yang enggan namanya disiarkan.

    “Beliau tidak lagi mempunyai sebarang kuasa sah untuk melaksanakan program ini,” tambahnya. – AFP

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Dunia

    Puluhan syiling emas purba dirompak

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Puluhan syiling emas purba dirompak

    GENEVA, 23 NOV – Pihak berkuasa Switzerland pada Jumaat...

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    JOHANNESBURG, 23 NOV - Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...