BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Sebagai penghargaan kerana berjaya menghalang kejadian curi, tiga orang pengawal keselamatan Koperasi Rimbun Bhd (KOPRI) telah menerima lencana penghargaan.
Lencana telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi KOPRI, Dato Paduka Haji Manan bin Osman pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang diberikan, Dayang Noriamah binti Mustapa, 31, Dayang Shafrina binti Sufri dan Awangku Syarifuddin Hazrin bin Pengiran Rusli, 20, telah berjaya menghalang kecurian pada dua kejadian berbeza di Bangunan Bekas CID (Bandtree), Mahligai Armada, Ong Sum Ping.
Kenyataan menjelaskan, perkara berkenaan telah dilaporkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk siasatan lanjut.






