Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pengeksportan Orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid Malaysia

    SEPANG, 20 FEB – Pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium menerusi 270 Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Festival Gulfood 2024 bakal menjadi satu penanda aras dalam industri orkid Malaysia.

    Bunga orkid varieti Mokara yang diterbangkan pada semalam merupakan hala tuju penting kepada projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) dalam merealisasikan pengeksportan komoditi bernilai tinggi ke pasaran Asia Barat.

    LEOD merupakan projek rintis yang melibatkan tiga ladang dengan keluasan 29.14 hektar iaitu LEOD Lukut, Linggi dan Sepang.

    Ketika ditemui Bernama, Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikultur), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Mohamad Nizam Malik berkata meskipun mendapat permintaan yang tinggi, usaha untuk mempromosikan produk orkid tetap diteruskan. – Bernama

    Bunga Orkid Mokara bersama pasu berisi cecair Sodium Polyacrylate bagi menggantikan air mendapat permintaan yang tinggi pasaran Timur Tengah. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...