Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Festival gajah disambut di Laos

    VIENTIANE, 20 FEB – Festival Gajah tahunan telah diadakan di wilayah Xayaboury utara Laos, menandakan permulaan penuh warna bagi program Tahun Melawat Laos 2024 bagi wilayah itu.

    Perayaan tahunan popular yang menyaksikan Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sabtu lalu, menampilkan pelbagai acara, termasuk perarakan gajah, di mana beberapa diantaranya melakukan aksi sarkas dan bersaing dalam pertandingan melukis, lapor televisyen kebangsaan Laos, kelmarin.

    Festival itu diadakan dari 12 hingga 18 Februari, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan gajah dan mempromosikan pelancongan tempatan dan pembangunan ekonomi.

    Timbalan Gabenor wilayah Xayaboury, Phetphixay Sounvilay semasa majlis tersebut berkata bahawa festival itu bertujuan untuk menyerlahkan keperluan berterusan untuk memelihara ternakan gajah Laos yang semakin berkurangan.

    Beliau berkata gajah adalah sebahagian daripada warisan Laos dan adalah penting untuk mengekalkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara gajah dan penduduk Xayaboury.

    Untuk memastikan pelancong menikmati masa mereka di Xayaboury semasa Tahun Melawat Laos 2024, pihak yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pelancongan telah diberi latihan tambahan tentang kebersihan dan keselamatan, dan percubaan akan dilakukan untuk mengekalkan harga pada tahap yang berpatutan.

    Wilayah Xayaboury, kira-kira 170 kilometer barat laut ibu kota Laos, Vientiane, mempunyai banyak tarikan, termasuk 29 tarikan berasaskan alam semula jadi yang ditetapkan secara rasmi, 12 tapak kebudayaan dan enam tempat bersejarah. – Xinhua

    Gambar menunjukkan gajah berada di sungai di Xayaboury, Laos, pada 17 Februari. Festival gajah tahunan diadakan di Lao dari 12 hingga 18 Februari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...