Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengembara antarabangsa perlu saring suhu badan

    KUCHING, 13 JAN – Semua pengembara yang tiba dari luar negara di pintu masuk antarabangsa Sarawak akan melalui proses saringan suhu badan.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat setelah penilaian situasi semasa COVID-19.

    Menurutnya individu yang dikesan demam atau bergejala akan diberikan slip untuk tujuan ujian COVID-19 di klinik swasta atau kerajaan.

    “Ujian swab COVID-19 tekak perlu dilakukan mereka dalam tempoh 48 jam dan sekira-nya positif, pengembara akan menjalani kuarantin di premis penginapan.

    “Pengembara yang negatif COVID-19 tetapi bergejala dinasihatkan agar memakai pelitup muka terutamanya semasa berada di tempat orang ramai, perhimpunan atau tempat sesak,” menurutnya.

    Sementara itu, JPBN Sarawak menggalakkan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian.

    “Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan terus memantau perkembangan jangkitan COVID-19 di dalam dan luar negara demi memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

    “Kemelut pandemik COVID-19 masih panjang dan masyarakat perlu memberikan kerjasama dan mengambil tanggungjawab sosial serta memainkan peranan masing-masing,” menurutnya. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...