SYARIKAT Pemasaran Brunei Shell Sdn.Bhd (BSM) memberikan keutamaan kepada penggunaan LPG yang selamat. LPG sangat mudah terbakar dan perlu di kendali secara berhati-hati semasa pengangkutan, penyimpanan dan penggunaan. LPG yang dibekalkan di Brunei ditambah dengan 1% gas Mercaptan. Gas Mercaptan ditambah supaya sebarang kebocoran LPG dapat dikesan dari baunya.
Jika anda mempunyai LPG di premis komersial anda, sila pastikan:
• Jika anda tercium bau gas, segera matikan sumber gas anda. Ikuti “Apa yang perlu saya lakukan jika saya tercium bau gas?” di bawah.
• Kawasan penyimpanan silinder terlindung, selamat dan mempunyai pengudaraan yang baik.
• Kepala gas (regulator) LPG yang sesuai dipasang. Jika terdapat keraguan hubungi BSM.
• Injap pengasingan (isolation valve) dipasang untuk mengasingkan bekalan LPG ke bangunan.

• Hos, paip dan sambungan sesuai dan selamat digunakan. Jika terdapat keraguan hubungi BSM.
• Mempunyai papan tanda yang mencukupi – terdapat tanda yang jelas memberitahu orang ramai mengenai terdapatnya LPG di kawasan tersebut.
• Anda mengikuti Tips Keselamatan Asas LPG.
• Anda mempunyai pelan kecemasan kebakaran, alat pemadam api dan kit pertolongan cemas
• Terdapat pengudaraan yang berkesan jika LPG digunakan di dalam bangunan.
Sekiranya anda mempunyai LPG di rumah anda, sila pastikan:
• Jika anda tercium bau gas, segera matikan sumber gas anda. Ikuti “Apa yang perlu saya lakukan jika saya tercium bau gas?” di bawah.
• Kawasan penyimpanan silinder terlindung, selamat dan mempunyai pengudaraan yang baik.
• Kepala gas (regulator) LPG yang sesuai dipasang. Jika terdapat keraguan hubungi BSM.
• Hos, paip dan sambungan sesuai dan selamat digunakan. Jika terdapat keraguan hubungi BSM.
• Anda mengikuti panduan Keselamatan Asas LPG.
Penyimpanan dan penyelenggaraan
Silinder LPG perlu disimpan di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik, terlindung dari panas dan cahaya matahari langsung, dan sekurang-kurangnya sejauh 1.5 meter dari sebarang sumber api. Hanya gunakan peralatan LPG seperti kepala gas (regulator), paip dan hos yang sesuai dan disyorkan untuk mengelakkan kebocoran.
Tips Keselamatan Asas LPG
• Peralatan LPG (seperti silinder, paip, hos dan kepala gas) perlu sentiasa diperiksa sebelum penggunaan.
• Hanya seseorang yang terlatih dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan peralatan LPG.
• Kepala gas (regulator) yang disyorkan oleh BSM dan digunakan bagi silinder gas 12kg (yang banyak digunakan di rumah-rumah) perlu diganti pada setiap 5 tahun.
• Hos gas yang disyorkan oleh BSM mempunyai sifat kalis api perlu diganti pada setiap 2 tahun. Hos tersebut memenuhi piawaian British (BS3212) dan Singapura (SS233).
Apa yang perlu saya lakukan jika saya tercium bau gas?
Sekiranya anda tercium bau gas LPG atau berfikiran terdapat kebocoran di premis komersial atau rumah anda:
• Matikan bekalan LPG dari kepala gas dan semua peralatan yang dikuasakan oleh gas.
• Padamkan sumber pencucuhan yang berdekatan seperti api terbuka.
• Jangan menghidupkan atau mematikan sebarang peralatan elektrik kerana ia boleh mencetuskan api.
• Buka semua pintu dan tingkap untuk meningkatkan pengudaraan di kawasan tersebut.
• Jika sumber kebocoran datang dari silinder LPG, segera keluar dari kawasan tersebut.
• Hubungi talian kecemasan dengan segera melalui 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Untuk maklumat lanjut atau pertanya-an, sila hubungi Pusat Panggilan BSM di 2244739 atau e-mel BSM-External-Affairs@shell.com atau layari laman web kami www.bsm.com.bn