Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghormatan terakhir buat Chirac

    PARIS, 30 SEPT – Puluhan pemimpin dunia, termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini memberi penghormatan terakhir mereka kepada bekas presiden Jacques Chirac ketika Perancis mengadakan hari berkabung bagi bekas ketua kerajaan popular itu.

    Putin dan para pemimpin dunia yang lain menyertai Presiden Emmanuel Macron bagi upacara pengebumian di gereja Saint-Sulpice di Paris, sehari selepas 7,000 orang berbaris untuk menyaksikan keranda Chirac di monumen Invalides.

    Kematian Chirac, 86, pada Khamis mencetuskan banyak penghormatan kepada ahli politik berhaluan tengah sepanjang mengalas kariernya empat dekad, dengan 12 tahun sebagai presiden dari tahun 1995 hingga 2007.

    Kerandanya yang diliputi bendera Perancis telah dibawa ke gereja oleh bekas pengawal peribadinya.

    Para pemimpin dunia yang turut menghadiri termasuk Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier serta bekas presiden AS, Bill Clinton.

    Mendiang Chirac kemudian dibawa ke kawasan tanah perkuburan Montparnasse, selatan Paris untuk disemadikan dekat kubur anak perempuannya, Laurence, 58, yang meninggal dunia akibat anoreksia pada 2016.

    Antara langkah penting Chirac bagi peringkat antarabangsa adalah ketegasan memainkan peranan sebagai pemimpin global dan menentang pencerobohan ke atas Iraq pada 2003. – AFP

    Keranda bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac ditutupi bendera kebangsaan Perancis dibawa keluar dari gereja Saint-Sulpice di Paris untuk upacara pengebumian pada 30 September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda