Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengiran Hasswandy juara Beyblade

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Pasukan Underground Beys muncul juara setelah berjaya menewaskan Awang Julkarnain bin Haji Husin daripada Pasukan Santai Aja Bladerz 6-2 dalam perlawanan akhir Extreme Gear Sport Beyblade X BX-01 Dransword sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung, hamper dan sijil kejohanan.

    Sementara itu, tempat ketiga dirangkul oleh Awang Mohd Nazirol Ehsan bin Kahar dan tempat keempat disandang oleh Awang Mohammad Arif Syafiq bin Haji Rosaimi, kedua-duanya daripada Pasukan Ghostbeys.

    Manakala pemenang hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Awang Alwan, Awang Apis, Awang Ehsan dan Awang Mainor Azizi bin Haji Maidin.

    Pertandingan telah dianjurkan oleh DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam dan diadakan di Teratak DBos di Kampung Mengkubau, Mentiri.

    Dalam pertandingan berasingan iaitu King of Wizard Arrow anjuran Underground Tournament yang diadakan di Jalan Binglu, Awang Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jaksuha Bladers dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menewaskan Awang Mainor Azizi daripada Pasukan Ghostbeys.

    Tempat ketiga dimenangi oleh Awang Mimi Nazuwan bin Haji Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers dan tempat keempat menjadi milik Awang Mohammad Adam Haq bin Junaidi daripada Pasukan Underground Beys.

    Sementara pemenang hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Awang Ehsan, Awang Junaidi dan Awang Mainor.

    Dalam perebutan gelaran juara Liga Beyblade Brunei Darussalam 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers ketika ini berjaya memperoleh 96 mata, diikuti oleh Pasukan Underground Beys (61 mata), Pasukan Santai Aja Bladerz (56 mata), Pasukan Ghostbeys (49 mata) dan Beyblade Madness (7 mata).

    Pengiran Hasswandy semasa menerima hadiah kejuaraan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...