Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengiriman wang menurun pada 2022

    WASHINGTON, 1 DIS – Pengiriman wang ke negara berpendapatan rendah dan sederhana merosot pada tahun ini, dengan kenaikan harga memberikan kesan ke atas pendapatan pendatang, kata Bank Dunia semalam.

    Pengiriman ke negara berpendapatan lebih rendah meningkat kira-kira lima peratus kepada AS$626 bilion, lebih rendah berbanding kenaikan 10.2 peratus pada 2021, menurut bank dalam satu laporan. Sementara pembukaan semula ekonomi telah membantu sektor pekerjaan, kos yang meningkat ‘menjejas pendapatan sebenar pendatang,’ kata bank pembangunan yang berpangkalan di Washington itu.

    Pada 2023, peningkatan aliran pengiriman berkenaan diramalkan menjadi lebih perlahan kepada dua peratus, ketika pertumbuhan keluaran dalam negara kasar di negara lebih kaya meleset.

    “Risiko masih wujud, termasuk peperangan di Ukraine, harga minyak dan kadar tukaran mata wang yang tidak stabil, serta kemelesetan di negara berpendapatan tinggi,” kata Bank Dunia dalam laporannya.

    Sementara itu, kenaikan harga minyak dan permintaan berterusan untuk pekerja asing merangsang pengiriman ke negara Asia Tengah, manakala peningkatan nilai mata wang ruble berbanding dolar AS mendorong nilai lebih tinggi untuk pengiriman ke luar negara.

    India dijangka menerima lebih daripada AS$100 bilion dalam pengiriman tahunan pada 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda