ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
KERANA cinta dia mempertaruhkan nyawa. Setelah penempatan tugas di setiap pelosok, Brandon Forte kini kembali ke kampung halamannya bersama misinya sendiri.
Brandon berhasrat untuk membuka sebuah kemudahan untuk anjing-anjing yang berkhidmat di dalam tentera seperti Haydn, seekor anjing tentera yang telah menemaninya dalam setiap pertempuran.
Kepulangannya ke kampung halaman juga bermakna dia akan bertemu semula dengan Sophie Kim, seorang wanita yang pernah mengisikan hatinya namun tidak dapat dimilikinya.
Akan tetapi kejayaan Brandon dalam kerjayanya telah mengundang musuh-musuh terutamanya daripada orang-orang yang mempunyai pengaruh dan kini mereka menjadikan Sophie sebagai sasaran mereka.
![Dengan kepulangan Brandon, ia mengingatkan Sophie kembali tentang kisah percintaan mereka dahulu. Tambahan lagi dengan Brandon yang sanggup menyabung nyawanya deminya, Sophie yakin bahawa dia harus bergantung nyawa kepada pemuda yang pernah mematahkan hatinya itu.](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/1-M16_240217.jpg)
Apabila Brandon telah dipanggil untuk bertugas dahulu, dia telah meninggalkan Sophie tanpa sebarang pesanan. Hal itu telah meremukkan hati Sophie, dan sejak itu dia berusaha untuk melupakan pemuda itu.
Walau bagaimanapun, dengan kepulangan Brandon, ia mengingatkan Sophie kembali tentang kisah percintaan mereka dahulu. Tambahan lagi dengan Brandon yang sanggup menyabung nyawanya deminya, Sophie yakin bahawa dia harus bergantung nyawa kepada pemuda yang pernah mematahkan hatinya itu.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkanlah novel Absolute Trust karya Piper J. Drake segera.