Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pengurus syarikat rugi hampir RM80,000

    SIBU, 24 NOV – Seorang pengurus syarikat berusia 40an di Sibu kerugian RM79,572 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang kononnya beroperasi di Singapura.

    Pada 3 September lalu, mangsa menekan pautan yang diiklankan menerusi laman sosial Instagram sebelum berhubung dengan seorang ejen pelaburan bernama Lily Tan yang memberikan pautan melalui aplikasi WhatsApp.

    “Pautan itu diberikan bagi tujuan kehadiran secara dalam talian dan untuk memperoleh mata daripada syarikat,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata mangsa telah diarahkan untuk memuat turun aplikasi FTSE VIP bagi memudahkan kemasukan mata bonus.

    Selepas mendapat mata bonus yang cukup banyak, katanya mangsa menghubungi pengurus syarikat terbabit pada 24 Oktober untuk urusan pelaburan ke peringkat seterusnya bagi memperoleh mata bonus yang lebih besar.

    Zulkipli berkata mangsa kemudiannya membuat 11 transaksi berjumlah RM94,600 dan mendapat pulangan sebanyak RM15,028.

    “Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan telah membuat semakan melalui laman CCID dan mendapati akaun bank itu mempunyai rekod laporan polis,” katanya. – Bernama

    Gambar Astro Awani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...