Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penilaian akhir finalis Pertandingan WIS 2019

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Penilaian akhir bagi tiga finalis Pertandingan Wanita dalam Sains (WIS) 2019 telah dijalankan oleh Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), Seria, di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri di ibu negara, baru-baru ini.

    Ketiga-tiga finalis berkenaan ialah Dayang Arinah Hadirah binti Sharom dari Sekolah Menengah (SM) Tanjong Maya, Ashley Liu Lui Wen dari SM Rimba II dan Keziahjoy Naval Calimlim dari Sekolah St Angela yang dipilih berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam menunjukkan tiga projek berlainan yang masing-masing meliputi topik Kesihatan dan Kecergasan, Kemapanan Alam Sekitar dan Pendidikan Interaktif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan OGDC, ketiga-tiga mereka diberikan Dana Projek WIS untuk merealisasikan projek masing-masing.

    Barisan hakim bagi penilaian akhir berkenaan terdiri daripada pegawai-pegawai dari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Kementerian Pendidikan dan OGDC sendiri.

    Selepas penilaian akhir berkenaan, perlaksanaan setiap projek peserta akan dipamerkan dalam media sosial rasmi OGDC (@OGDCBrunei) di mana 15 peratus skim pemerkahan adalah berdasarkan undi orang ramai. Undian media sosial berkenaan akan bermula pada 20 Disember 2019 hingga 20 Januari 2020.

    Ketiga-tiga finalis bagi Pertandingan WIS 2019. – Gambar serahan OGDC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda