Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penjagaan paliatif tanggungjawab semua

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Seramai 100 orang dari Unit Geriatrik dan Paliatif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kumpulan pengurusan kanan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), kakitangan PJSC dan ahli keluarga serta penjaga pesakit paliatif telah menghadiri Kempen Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia yang diadakan di Teater Kuliah, PJSC, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar.

    Pengerusi Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia 2023, Ketua Perubatan Onkologi dan Unit Penjagaan Paliatif, Dr Haji Zulkhairi bin Haji Mohamad dalam ucapannya antara lain menggariskan tema kempen tahun ini, ‘Komuniti Penyayang.

    Bersama untuk Penjagaan Paliatif’ berfungsi sebagai peringatan yang menekankan bahawa penjagaan paliatif tidak terhad kepada kemudahan penjagaan kesihatan sahaja, tetapi ia juga merupakan tanggungjawab masyarakat.

    Beliau menambah setiap orang perlu memainkan peranan di mana belas kasihan dan penjagaan adalah asas terutamanya bagi mereka yang menghadapi penyakit yang mengancam nyawa.

    “Komuniti penyayang ialah komuniti di mana individu, keluarga dan institusi bersatu untuk memberikan sokongan, keselesaan dan pemahaman kepada mereka yang paling memerlukannya, terutamanya semasa masa yang mencabar,” jelasnya.

    Kempen yang dianjurkan buat pertama kali oleh The Brunei Cancer Centre (TBCC), PJSC antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan penjagaan paliatif dalam sistem penjagaan kesihatan dan masyarakat.

    Selain itu, ia juga berfungsi sebagai renungan kepada impak besar penjagaan paliatif bukan sahaja kepada individu yang menghadapi penyakit yang mengancam nyawa tetapi juga untuk keluarga dan orang tersayang.

    Acara turut diisi dengan ceramah keagamaan bertajuk ‘Menangani Kesedihan dan Kehilangan’ yang disampaikan oleh Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit di mana beliau mengongsikan tip menangani kesedihan dan kehilangan ahli keluarga dan orang tersayang.

    Awang Khairul Nazif semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Menangani Kesedihan dan Kehilangan’ pada kempen tersebut. – Gambar serahan PJSC
    Antara yang hadir pada Kempen Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia bertempat di Teater Kuliah, PJSC, baru-baru ini. – Gambar serahan PJSC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...