Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang lelaki warga tempatan selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan curi dan melakukan kerosakan.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Abdul Qayuum bin Haji Mohd Rahim @ Joey.
Timbalan Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid dan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Ariffin Ismail dalam pendakwaan menyatakan bahawa Abdul Qayuum mencuri mesin daftar tunai mengandungi $150 dari sebuah kios di sebuah pusat membeli-belah
di Gadong pada 14 Julai sekitar 10 malam.
Pertuduhan kedua menyatakan bahawa tertuduh telah melakukan kerosakan dengan menyebabkan kerosakan semasa menarik wayar dan membuka mesin daftar tunai
berkenaan.
Manakala itu, pertuduhan ketiga menyatakan bahawa tertuduh juga mencuri sweater dan minyak wangi dari sebuah kios di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada 20 Julai lalu sekitar 7 pagi.