Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penjual lelaki peraga kasut tumit tinggi wanita

    CHINA, 22 JAN – Seorang lelaki berusia 41 tahun dilaporkan telah berjaya menjual kasut tumit tinggi dan but wanita dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai model produk tersebut.

    Lelaki yang tidak dinamakan itu yang dilaporkan berasal dari wilayah Sichuan di China, baru-baru ini menjadi tajuk utama berita selepas didedahkan bahawa dia telah menggunakan teknik yang sangat luar biasa untuk meningkatkan jualan dalam taliannya.

    Lelaki itu merakamkan dirinya berjalan dan juga berlari dengan kasut tumit tinggi yang dijualnya, dan orang ramai melihat video tersebut menyukainya.

    Menurut laporan Star Video yang baru-baru ini menjadi tular di China, pemasaran unik jurujual dalam talian berusia 41 tahun itu telah menarik lebih 1.2 juta pelanggan di TikTok sahaja, dan ia telah menjana kira-kira 6 juta yuan (AS$900,000) dalam jualan bulanan. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...