Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penolong Mufti berlepas ke Mesir

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Penolong Mufti (‘Ifta), Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah telah bertolak ke Kaherah, Republik Arab Mesir hari ini, bagi mewakili Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, sebagai ahli peserta pada persidangan antarabangsa ke-8.

    Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud.

    Persidangan yang bertemakan The Fatwa and Challenges of the Third Millenium itu dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Oktober di Hotel Al-Masah, Kaherah, Republik Arab Mesir.

    Dianjurkan Sekretariat Am Penguatkuasaan Fatwa di Seluruh Dunia, Republik Arab Mesir, persidangan bertujuan untuk menggariskan betapa pentingnya peranan institusi-institusi fatwa dan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu yang dihadapi dunia kontemporari dan seterusnya menubuhkan rangka kerja yang sesuai untuk menghadapi cabaran tersebut.

    Dalam pada masa yang sama, matlamat untuk mencapai keadilan, kebenaran, keselamatan, keamanan, dan kemakmuran bagi sesama manusia boleh dicapai.

    Dato Seri Setia Dr Haji Dennie mewakili Yang Berhormat Mufti Kerajaan bagi menghadiri persidangan antarabangsa ke-8 di Kaherah, Mesir. Turut serta ialah Haji Muhammad Ahmad Roza. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda