Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penunjuk perasaan bertempur dengan polis Peru

    LIMA, 23 JULAI – Penunjuk perasaan dan polis bertempur pada hujung minggu semasa demonstrasi baharu menentang Presiden interim Peru, Dina Boluarte di ibu negara Lima, di mana penunjuk perasaan menuntut beliau berundur dan mengadakan pilihan raya.

    Boluarte mengambil alih tampuk pemerintahan pada Disember selepas bekas presiden berhaluan kiri, Pedro Castillo digulingkan dan ditangkap, mencetuskan tuduhan rampasan kuasa dan memulakan demonstrasi selama berbulan-bulan di seluruh negara.

    Tindakan keras oleh pasukan keselamatan menyebabkan hampir 50 orang terbunuh, menurut anggaran Human Rights Watch, yang menuduh pihak berkuasa melakukan pembunuhan di luar undang-undang dan sewenang-wenangnya.

    Pergolakan terbaru bermula pada hari Rabu, apabila lebih 4,000 penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan di Lima, sebahagiannya untuk menuntut akauntabiliti atas kematian para penunjuk perasaan.

    Kelmarin, polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang menduduki dataran San Martin.

    Tiga orang awam telah ditahan dalam pergelutan dengan pasukan keselamatan, menurut pejabat ombudsman dan pertubuhan hak asasi manusia. Tiada kecederaan dilaporkan. – AFP

    Penunjuk perasaan bertempur dengan polis semasa demonstrasi di seluruh negara menentang Boluarte di Lima, pada 19 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda