Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penurunan mendadak daya graviti punca kecederaan penumpang

    SINGAPURA, 29 MEI – Penurunan ketinggian 54 meter secara tiba-tiba menyebabkan penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan dalam penerbangan Singapore Airlines yang dilanda gelora udara yang membawa maut tercampak dengan kuat di dalam kabin, menyebabkan kecederaan, kata kementerian pengangkutan hari ini.

    Seorang maut manakala beberapa penumpang dan anak kapal dalam penerbangan SQ321 dari London mengalami kecederaan tengkorak, otak dan tulang belakang semasa peristiwa yang mengerikan di altitud tinggi minggu lalu.

    Juruterbang mengubah haluan pesawat Boeing 777-300ER menuju ke Singapura yang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal ke Bangkok, di mana mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

    Kementerian pengangkutan berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pesawat itu mengalami ‘perubahan mendadak’ dalam daya graviti, atau G-force, semasa pesawat itu melalui selatan Myanmar, memetik laporan awal oleh Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura (TSIB).

    Kementerian itu menyatakan bahawa ‘pecutan vertikal’ berkurang daripada positif 1.35G kepada negatif 1.5G dalam masa 0.6 saat, berkemungkinan mengakibatkan ‘penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan tercampak ke udara’.

    Pecutan vertikal sekali lagi berubah daripada 1.5G negatif kepada 1.5G positif dalam masa 4.0 saat dan ‘ini berkemungkinan mengakibatkan penumpang yang berada di udara terjatuh semula’, tambahnya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...