Thursday, January 30, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan beberapa perkhidmatan TAP

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan mengenai penutupan beberapa perkhidmatannya pada 29 Jun hingga 16 Julai depan.

    Pada 29 Jun, kesemua cawangan TAP akan ditutup bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H.

    Pada 30 Jun pula, sempena penutupan akaun pertengahan tahun bank, kaunter pembayaran cawangan Ibu Pejabat PGGMB akan ditutup, sementara kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran, kaunter pengeluaran, kaunter perkhidmatan dalam talian e-Amanah, e-Amanah Pitstop, dan Kiosk e-Info Tap akan beroperasi.

    Manakala pada 1 hingga 16 Julai, sempena proses-proses peralihan ke Skim Persaraan Kebangsaan (SPK), kesemua cawangan TAP, perkhidmatan dalam talian e-Amanah, dan Kiosk e-Info TAP akan ditutup perkhidmatan, dan Pusat Panggilan TAP akan beroperasi.

    Orang ramai yang berhasrat untuk berurusan dengan TAP terutamanya bagi menghadapkan permohonan pengeluaran skim TAP, SCP dan SPK dinasihatkan untuk mengunjungi kaunter-kaunter TAP lebih awal memandangkan tarikh akhir penghantaran adalah pada 30 Jun.

    Turut dimaklumkan, cawangan-cawangan dan perkhidmatan TAP akan dibukakan semula mulai 17 Julai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda