Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara beberapa stesen minyak

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Beberapa buah stesen minyak di tiga buah daerah dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi Disember 2023.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataannya, di sini, menyatakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukatan dan timbangan bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar dua jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.

    Stesen-stesen minyak yang terlibat bagi Daerah Brunei dan Muara pada 7 Disember adalah Stesen Minyak Tasamul, 9 Disember di Stesen Minyak TAIB Beribi, 11 Disember di Stesen Pengalayan, 12 Disember di Stesen Minyak Badan Tanmiah dan 13 Disember di Stesen Minyak Kerjasama Kampung Tanjong Nangka (Satenaga).

    Bagi Daerah Belait, pada 11 Disember di Stesen Minyak Koperasi Kampung Sungai Teraban dan 13 Disember di Stesen Minyak Sungai Bakong Lumut manakala itu, bagi Daerah Tutong pada 20 Disember di Stesen Minyak PHA Bakar bin Jambol.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian 2334092.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...