Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai 12 pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sekolah Arab Temburong telah meraikan seramai 12 orang pelajar Sanah 8 dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diselajurkan dengan Haflut Takharruj sesi persekolahan 1445H/2023M di Dewan Kemasyarakatan Belalong, Pekan Bangar, Temburong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir selaku Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, sebelum diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta khatam disusuli dengan bacaan takhtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

    Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para pelajar yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis Khatam Al-Quran merupakan projek tahunan sekolah berkenaan untuk menggalakkan para pelajar agar menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan dan budaya dalam mendukung hasrat negara untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dan Negara Zikir.

    Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar pada majlis yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Belalong, Pekan Bangar, Temburong, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sempena Majlis Khatam Al-Quran berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...