Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara jalan di dua daerah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Temburong.

    Di Daerah Brunei dan Muara, penutupan jalan akan dilaksanakan di KM 7.9 hingga KM 7.1, Lebuhraya Muara-Tutong menghala ke Muara disebabkan kerja pembaikan sebahagian jalan raya berkenaan bermula esok hingga 21 Februari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

    Manakala itu di Daerah Temburong, penutupan jalan berlaku di kawasan Dermaga Pekan Bangar yang telah bermula hari ini hingga 16 Februari.

    Penutupan berkenaan disebabkan upacara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 bagi daerah berkenaan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan berkenaan.

    Lokasi penutupan separuh jalan di Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...