Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna lebuh raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di KM 108.5, lorong perlahan, Lebuh raya Muara-Tutong, hala Muara pada masa ini sehingga 14 September nanti.
Menurut kenyataan oleh JKR, hari ini, penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja-kerja menaikkan dinding penghadang jambatan di kawasan berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan kepada para pengguna lebuh raya berkenaan supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
