Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penutupan separuh Jambatan Rasau

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 13 FEB – Jalan di Jambatan Rasau, Kuala Belait akan ditutup separuh buat sementara waktu bermula hari ini sehingga 20 Februari depan pada jam 8:30 pagi hingga 5 petang.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan adalah bagi kerja-kerja penurapan asfalt di jalan menuju ke jambatan itu.

    Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Lokasi jalan yang akan ditutup sementara bagi kerja penurapan asfalt di Jambatan Rasau, Kuala Belait. – Gambar serahan JKR
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...