Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga syarikat kena kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dua buah syarikat telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 dan sebuah lagi sebanyak $200 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu membuang sampah di tempat awam. Ketiga-tiga buah syarikat dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jabatan Daerah Tutong menjelaskan, jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, syarikat-syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Antara kawasan di mana sampah dibuang oleh syarikat-syarikat berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...