Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penyanyi rap masuk hospital alami kecederaan serius

    Penyanyi rap Korea Selatan, Sik-K dilaporkan mengalami kecederaan pada bahu kanan sewaktu menjalani latihan ketenteraan baru-baru ini.

    Sik-K atau Kwon Min-sik, 30, berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaklumkan mengalami kecederaan koyak pada tisu bahu kanannya.

    Memetik laporan mStar, dia kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital bagi memulihkan kembali tangannya itu sebelum dibenarkan semula menjalani latihan ketenteraan.

    Dalam perkongsian itu, Sik-K kelihatan lemah selepas menerima rawatan dan memberitahu ini bukanlah kecederaan pertama buatnya kerana pernah berdepan insiden sama pada Oktober tahun lalu.

    “Saya tahu cedera itu cukup serius dan meskipun telah diberitahu oleh doktor saya jadi buat keputusan untuk tunda buat pembedahan. Sepatutnya dilakukan pada bulan Oktober lalu tapi kini terjadi lagi,” tulis Sik-K.

    Sik-K turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan memberitahu sedang mempersiapkan diri untuk pelancaran karya terbaharu tidak lagi.

    “Saya ingin memastikan bahawa saya memenuhi janji saya kepada para penggemar saya, berkat kalian saya dapat maju dan memberikan karya terbaik saya,” ujarnya. – Agensi

    Sik-K cedera di bahu sewaktu jalani latihan tentera. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...