Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerahan kereta Porsche meningkat 31 peratus

    STUTTGART, 23 JULAI – Porsche menyerahkan 153,656 kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia, mewakili peningkatan 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
    Pertumbuhan permintaan yang besar itu membabitkan kesemua siri model dan rantau jualan global.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Porsche, model kereta yang mencatat kejayaan besar adalah Cayenne dengan 44,050 unit diserahkan, 12 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu. Model Macan menduduki tempat kedua dengan 43,618 pelanggan menerima hantaran dalam separuh tahun pertama, peningkatan sebanyak 27 peratus. Kenderaan elektrik Taycan meraikan kejayaan khas dengan penghantaran 19,822 kenderaan, setanding dengan kereta sport, 911, dengan 20,611 penyerahan, meningkat sebanyak 22 peratus.

    Model 718 Boxster dan 718 Cayman melihat 11,922 unit diserah kepada pelanggan. Untuk Panamera, sebanyak 13,633 kenderaan dihantar, mencatat peningkatan 6 peratus.

    Ahli Lembaga Eksekutif untuk Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen berkata, “Kami berasa amat gembira dengan tahap permintaan yang tinggi untuk kereta sport kami, pertambahan dalam penghantaran pada separuh tahun pertama mengatasi pasaran keseluruhannya.

    “Kadar elektrifikasi semakin berkembang pesat di semua rantau. Pembangunan ini mengesahkan haluan yang kami ambil dengan strategi pemanduan kami. Di Eropah, kira-kira 40 peratus daripada kereta yang sedang dihantar sekarang mempunyai motor elektrik, sama ada ia kenderaan elektrik atau hibrid. Keutamaan kami adalah untuk memenuhi impian pelanggan kami.

    “Selepas mencatat separuh tahun pertama yang intensif 2021, kami berjaya melaporkan keputusan amat positif. Tempahan kami sudah penuh. Pada masa sama, kami sedar mengenai ketidakpastian yang ditimbulkan oleh pandemik koronavirus dan situasi bekalan semikonduktor. Kami akan terus memantau situasi keseluruhan sementara mengekalkan dasar kami yang optimistik,” tambah beliau.

    Porsche menyerahkan 153,656 kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia, mewakili peningkatan 31 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Gambar serahan Porsche
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda