Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Penyertaan musabaqah kini dibuka

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H/2023M Peringkat Saringan pada 10 hingga 13 Mei ini.

    Penyertaan musabaqah terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang pasport negara-negara asing dan hendaklah berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1993 hingga 31 Disember 2008.

    Para peserta juga disyaratkan tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS.

    Menurut JBS dalam kenyataannya menyatakan bahawa Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Separuh Akhir akan diadakan pada 11 Jun 2023 dan peringkat akhir pada 22 Julai 2023.

    Pendaftaran boleh diisi secara dalam talian di https://tinyurl.com/MTQBK-2023.
    Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 Mac.

    Bagi mendapatkan keterangan lanjut, hubungi urus setia musabaqah di talian 2381903/4/5 sambungan 1301/1304 atau 8938011 dan melalui e-mel belia.jbs@belia-sukan.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...