Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pep akui sukar kejar Chelsea

    LONDON, 2 Feb – Pep Guardiola mendakwa pendahulu Liga Perdana, Chelsea, tidak perlu merasa takut dari Manchester City biarpun kemenangan 4-0 pasukannya ke atas West Ham.

    Pasukan kendalian Guardiola itu mempamerkan permainan menarik di Stadium London semalam ketika jaringan menerusi Kevin De Bruyne, David Silva, Gabriel Jesus dan Yaya Toure menyelamatkan kemenangan terbesar City sejak Oktober.

    Pengurus Chelsea, Antonio Conte menonton dari tempat duduk dan pasti kagum dengan permainan pasukan City.

    Tetapi bos City, Guardiola menegaskan jurang 10 mata di antara pasukannya yang berada di tangga kelima dan Chelsea adalah terlalu besar untuk diatasi.

    Chelsea juga melebarkan sembilan mata dari pasukan di tangga kedua, Tottenham dan Guardiola berkata pasukan Blues itu mungkin sukar untuk menyerahkan cengkaman mereka ke atas gelaran.

    “Dia tidak perlu bimbang mengenai apa yang dilihatnya. Mereka berada sembilan mata di depan. Hanya Chelsea sendiri boleh kehilangan Liga Perdana,” kata Guardiola.

    “Apabila anda melihat berapa banyak perlawanan yang mereka tewas dalam 16 perlawanan, biasanya anda boleh menjangka mereka tidak akan tewas banyak perlawanan lagi.

    “Dalam sukan anda tidak tahu, tetapi saya tidak rasa kami boleh mengejar mereka.

    “Ia adalah kesilapan besar apabila anda ketinggalan 10 mata untuk memikirkan mengenai Chelsea. Kami perlu layak bagi Liga Juara-Juara terlebih dahulu. “Kami tidak konsisten. Selepas kami menang, kami seri atau tewas sekali atau dua perlawanan.”

    Permainan penguasaan City dicapai tanpa pemain penyerang, Sergio Aguero dan penjaga gol pilihan utama, Claudio Bravo, di mana keduanya diletakkan di bangku simpanan oleh Guardiola. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda