Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis denda Amazon AS$35 juta

    PARIS, 24 JAN – Badan pemantau privasi Perancis berkata kelmarin bahawa mereka mengenakan denda sebanyak 32 juta euro (AS$35 juta) kepada perniagaan gudang Amazon di Perancis kerana menggunakan ‘sistem intrusif berlebihan’ demi memantau prestasi dan aktiviti pekerja.

    Pihak Berkuasa Perlindungan Data Perancis, yang juga dikenali sebagai CNIL, berkata sistem itu membolehkan pengurus di Amazon, France Logistique memantau pekerja sehingga mengakibatkan beberapa pelanggaran berulang terhadap peraturan privasi yang ketat di Kesatuan Eropah, yang dipanggil sebagai Peraturan Perlindungan Data Am.

    “Kami sangat tidak bersetuju dengan kesimpulan CNIL, yang sebenarnya tidak betul, dan kami berhak untuk memfailkan rayuan,” kata Amazon. “Sistem pengurusan gudang adalah standard industri dan diperlukan untuk memastikan keselamatan, kualiti dan kecekapan operasi dan untuk menjejaki penyimpanan inventori dan pemprosesan pakej tepat pada masanya dan selaras dengan jangkaan pelanggan.”

    Siasatan pihak berkuasa itu tertumpu kepada penggunaan pekerja Amazon terhadap pengimbas kod bar tangan untuk menjejaki pakej di pelbagai tempat semasa mereka bergerak melalui gudang, seperti meletakkannya di dalam peti atau membungkusnya untuk penghantaran. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda