Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perancis harap ‘setiap tebusan’ terima ubat

    TEL AVIV, 23 JAN – Menteri Pertahanan Perancis, Sebastien Lecornu berkata kelmarin beliau berharap ubat-ubatan yang dihantar ke Gaza akan sampai kepada ‘setiap tebusan’, hampir seminggu selepas penghantaran bantuan tiba di wilayah Palestin yang dikuasai oleh Hamas itu.

    “Kami percaya semua pihak akan memastikan ubat-ubatan ini sampai dengan selamat… ke destinasi setiap tebusan,” kata Lecornu kepada AFP semasa lawatan ke Israel.

    “Adalah menjadi kewajipan kami untuk melakukannya,” tambah Lecornu selepas bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

    Ubat-ubatan untuk tebusan dan bantuan kemanusiaan untuk orang awam memasuki Gaza pada Rabu lalu, dalam satu perjanjian yang dibroker oleh Qatar dan Perancis.

    Empat puluh lima tebusan dijangka akan menerima ubat mengikut perjanjian antara Israel dan Hamas.

    Perancis berkata minggu lalu ubat itu akan dihantar ke hospital di Rafah di mana ia akan diserahkan kepada Palang Merah dan dibahagikan kepada beberapa kelompok sebelum dihantar kepada tebusan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...