Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah pemecatan pensyarah

    DHAKA, 23 JAN – Ratusan pelajar dari universiti terkemuka Bangladesh menuntut pengembalian semula jawatan seorang pensyarah yang dipecat hari ini kerana mengutuk secara terbuka kemasukan kandungan transgender dalam kurikulum sekolah kebangsaan.

    Wanita transgender telah menerima pengiktirafan undang-undang yang semakin meningkat di Bangladesh sejak sedekad lalu di dan diiktiraf sebagai jantina ketiga.

    Rombakan kurikulum tahun lepas termasuk pengiktirafan wanita transgender dalam buku teks sekolah, mendorong tindak balas daripada kalangan orang Islam di negara berpenduduk majoriti muslim itu.

    Pensyarah Asif Mahtab Utsha dipecat dari Universiti BRAC selepas mengoyak beberapa muka surat daripada salah satu buku tersebut semasa berucap mengecam kandungan itu minggu lalu.

    Sehingga 300 orang berhimpun di universiti, institusi pendidikan terkemuka di ibu kota Dhaka, selama beberapa jam hari ini.

    “Jika pihak berkuasa universiti memecat guru kami kerana kenyataannya baru-baru ini mengenai isu LGBTQ, maka mereka mesti mengembalikan jawatannya,” kata seorang penunjuk perasaan di lokasi itu. – AFP

    Para pelajar Universiti BRAC ketika mengadakan protes terhadap komuniti songsang di Dhaka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...