Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perancis luluskan projek gas asli

    PERANCIS, 24 NOV – Perancis telah memberikan kebenaran untuk pembangunan projek besar gas asli di timur negara itu, kata syarikat yang akan memimpin projek itu kelmarin.

    Satu perjanjian yang ditandatangani pada Isnin lalu memberikan hak ‘Bleue Lorraine’ kepada La Francaise de l’Energie, yang merancang untuk mengeksploitasi gas asli yang terperangkap di lapisan batu arang di kawasan timur Moselle.

    Ini akan menjadi kali pertama lapisan batu arang akan dieksploitasi untuk gas asli di Perancis walaupun ia telah digunakan di negara lain.

    Pihak berkuasa kebangsaan pada awalnya menolak projek tersebut atas alasan teknikal tetapi mahkamah membatalkan keputusan itu. Kebenaran itu diberikan walaupun pihak berkuasa kebangsaan sedang merayu keputusan tersebut.

    Kumpulan alam sekitar tempatan juga menentang projek ini, serta beberapa orang ahli politik tempatan dan datuk bandar.

    Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah menyatakan bahawa jika negara itu bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran karbon bersih 2050, tidak diperlukan sebarang projek minyak dan gas asli baru.

    La Francaise de l’Energie pada awal tahun ini juga melaporkan penemuan besar hidrogen di kawasan itu dan kelmarin berkata bahawa mereka terus mengkaji pembangunan bidang tersebut.

    Hidrogen, yang menghasilkan air apabila dibakar, dianggap sebagai alternatif yang menjanjikan untuk membantu mengurangkan penggunaan bahan api yang mencemarkan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...