Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis selamat 22 penghijrah menuju

    LILLE, PERANCIS, 25 OGOS – Para penyelamat Perancis menyelamatkan 22 penghijrah yang ditemui ‘dalam kesukaran’ di Channel semalaman dalam usaha mereka untuk masuk ke Britain, kata pihak berkuasa maritim Perancis hari ini.

    “Kapal separuh tegar bersama 22 penghijrah,” termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, ditemui dalam keadaan ‘kesukaran’ di luar pantai Dunkirk, menurut kenyataan.

    Penghijrah dibawa balik ke Dunkirk, tambahnya. Pada malam dari Khamis hingga Jumaat, seramai 24 penghijrah telah diselamatkan di Channel.

    Menteri Dalam Negeri Britain, Priti Patel dijangka membincangkan isu tersebut bersama rakan sejawatan Perancis, Christophe Castaner berikutan peningkatan dalam penyeberangan penghijrah di Channel berkenaan.

    Penyeberangan itu amat berbahaya berikutan lalu lintas maritim yang sesak di Channel itu serta arus kuat dan suhu dingin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda