Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perancis, UAE jalin kerjasama

    ABU DHABI, 22 MEI – Perancis dan Emiriah Arab Bersatu kelmarin menandatangani ‘perkongsian strategik’ mengenai kecerdasan buatan (AI) dengan tujuan untuk meningkatkan kerjasama antara mereka, kata Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire kepada AFP.

    Perjanjian yang ditandatangani dengan Khaldoon Al Mubarak, pengarah urusan dana kawalan kerajaan Abu Dhabi Mubadala, membuka “era baharu kerjasama ekonomi” dalam sektor yang sedang berkembang, kata Le Maire.

    “Perancis telah memilih untuk menjadi negara terkemuka di Eropah dalam AI, dan untuk itu, kami memerlukan rakan kongsi,” katanya semasa lawatan ke negara Teluk itu sebagai ketua delegasi usahawan dan syarikat baru.

    “Empat bidang kerjasama baharu akan dibuka dan dibangunkan dalam beberapa bulan akan datang,” termasuk penyelidikan dan pembangunan kemahiran, sebahagian daripadanya akan dilakukan melalui cawangan Abu Dhabi di Sorbonne iaitu universiti utama Paris, kata Le Maire.

    Perjanjian itu juga akan memudahkan pelaburan dalam pusat data dan industri semikonduktor, katanya.

    UAE telah pun melabur dalam kilang pengeluaran semikonduktor di Perancis.

    “Kami mahu mempercepatkan penggunaan pelaburan ini dan mengembangkannya,” kata Le Maire.

    UAE yang kaya dengan minyak menyasarkan untuk menjadi peneraju AI global sepanjang dekad akan datang. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...