Friday, September 20, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Perangai macam ini kita mahukan’

    Sejak Sabtu lalu, nama Datuk Hattan menjadi bualan hangat warganet gara-gara tindakannya yang dikatakan kurang beradab semasa ditemu bual secara langsung di Buletin Awani pada pagi Jumaat lalu.

    Tindakan Hattan menempelak penyampai berita iaitu Nur Syazwani Saiful Sham yang bertanya mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC mengundang rasa kurang senang orang ramai.

    Malah dia kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik penghasilan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu sekali gus menganggap penyampai berita itu tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemu bualnya.

    Susulan insiden berkenaan, seorang wartawan daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) iaitu Nadia Zaman turut berkongsi pengalamannya menemu bual Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri rumah terbuka baru-baru ini.

    Bersyukur tidak dimalukan secara langsung, Nadia memuji tindakan TPM yang memperbetulkan kesilapan yang hampir dilakukan olehnya semasa itu.

    Nadia syukur Zahid selamatkan air muka semasa temu bual secara langsung. – Agensi0

    “Saya disailang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi dan beliau sebenarnya telah menyelamatkan air muka saya.

    “Saya tiba-tiba blank sebab dalam otak ingat Bagan Lalang sebelum itu cepat-cepat beliau betulkan Bagan Datuk (kawasan parlimen TPM),” katanya.

    Nadia berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya pada Isnin.

    Dalam perkongsiannya itu, dia turut memuat naik video temu bualnya bersama ahli parlimen Bagan Datuk itu.

    Dalam pada itu, Nadia berpendapat Hattan perlu mempelajari perkara itu daripada Zahid yang mana lebih beradab dalam membetulkan sesuatu perkara yang salah.

    “Hattan sepatutnya belajar daripada pakar. Bukan tak buat kerja rumah tau tapi blank sebab gemuruh,” tulisnya.

    Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet memuji tindakan Zahid yang nampak lebih beradab semasa ditemu bual semasa siaran langsung.

    “Terbaik Zahid Hamidi, tak macam Hattan. Perangai macam ini kita mahukan, sangat profesional,” antara komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda