Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perangkap buaya dipasang

    ALOR GAJAH, 20 FEB – Dua perangkap buaya dipasang di sekitar perairan Tanjung Bidara dan Kuala Linggi di sini sebagai usaha menangkap seekor buaya tembaga yang dilihat berkeliaran khususnya di kawasan pantai berkenaan.

    Pengerusi Operasi Mencegah, Menangkap dan Pemindahan Buaya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata operasi berkenaan dilaksanakan selama dua bulan manakala pemantauan dilakukan setiap tiga minggu.

    Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata operasi memburu buaya liar itu digerakkan ekoran kegusaran awam selain aduan pengusaha pusat peranginan di sekitar pesisir pantai Masjid Tanah yang kerugian akibat pembatalan saat akhir pengunjung disebabkan maklumat kehadiran reptilia itu.

    “Kerajaan negeri mendapat maklumat berkaitan kehadiran buaya liar di perairan Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi menerusi rakaman video orang awam yang tular di media sosial.

    “Kita memandang serius perkara ini kerana perairan terlibat merupakan kawasan perkelahan dan menjadi tumpuan awam khususnya pada hujung minggu serta cuti sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi berkenaan di sini hari ini. – Bernama

    Perangkap buaya yang dipasang di Tanjung Bidara dan Kuala Linggi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...