Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perantis Sarawak Metro jalani latihan di China

    KUCHING, 20 MEI – Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) baru-baru ini telah menghantar dua daripada perantis Program Bakat Muda (YTP)nya untuk latihan perindustrian selama empat minggu di Tangshan, China sebagai inisiatif untuk membina bakat tempatan untuk Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

    Sarawak Metro dalam satu kenyataan berkata, latihan perindustrian itu bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang proses pembuatan dan pemasangan yang terlibat dalam sistem pembersihan hidrogen.

    “Latihan perindustrian ini sekali gus meningkatkan pengetahuan mereka dalam komponen sistem, protokol keselamatan dan metodologi reka bentuk yang inovatif,” katanya.

    Dua perantis YTP itu, Muhammad Afio Rudi dan Nur Adilla Hushairi akan menjalani latihan perindustrian mereka di Tangshan Baichuan Intelligent Machine Co., Ltd., China, di mana mereka akan memberi tumpuan kepada sistem pembersihan hidrogen Peralatan Depot dan Kenderaan Penyelenggaraan (DEMV).

    Siri latihan perindustrian ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosio-Ekonomi Sarawak (SEED) Sarawak Metro, satu inisiatif untuk merekrut bakat muda tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi industri pengangkutan baharu.

    Menurut kenyataan itu, latihan perindustrian itu telah diatur dan diselaraskan oleh kontraktor KUTS Systems Package 1 – EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd (EMGJV).

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa dalam kenyataan itu berkata, inisiatif ini menggambarkan komitmen syarikat dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerjanya ke arah memastikan kejayaan projek KUTS, yang bertujuan untuk memodenkan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Greater Kuching. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...