Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perarakan dan konvoi kereta klasik

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 23 Feb – Bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara ke-33, Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik bersama persatuan kereta klasik lain telah mengadakan Perarakan dan Konvoi Kereta Nostalgik dari Jerudong Park ke Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong.

    Turut hadir ialah Yang Di-Pertua Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik, Awang Mohammad Riff Rahimie bin Alipin yang memberitahu bahawa acara perarakan dan konvoi berkenaan mengumpulkan lebih 100 buah kereta nostalgik daripada berbagai-bagai jenis.

    Hadir sama mengikuti acara perarakan tersebut ialah ahli-ahli Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik dan daripada beberapa kumpulan seperti Brunei Klasik Volkswagen Group, Kelab Brunei Benzers, Vespa Owner Club dan Mini Classic Owners Association.

    Penyampaian sijil disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik.
    Penyampaian sijil disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik.
    Sesi bergambar ramai para peserta konvoi.
    Sesi bergambar ramai para peserta konvoi.
    Semasa perarakan dan pameran kereta klasik dijalankan di sepanjang jalan Pantai Seri Kenangan, Tutong.
    Semasa perarakan dan pameran kereta klasik dijalankan di sepanjang jalan Pantai Seri Kenangan, Tutong.

    Acara turut menyaksikan penyampaian sijil kepada wakil kelab-kelab kereta nostalgik yang disampaikan oleh Awang Mohammad Riff Rahimie.

    Adapun objektif acara perarakan dan konvoi kereta klasik diadakan adalah untuk menyatupadukan pemilik-pemilik kenderaan lama dari keempat-empat daerah, berkenal-kenalan sesama pemilik kereta klasik serta berkongsi pendapat mengenai teknikal yang berkaitan dengan kereta klasik.

    Dengan acara seperti ini, orang ramai juga dapat mengagumi kereta klasik yang jarang dilihat di jalan raya dan bagi menggalakkan orang ramai dalam menghargai kereta-kereta klasik yang kian pupus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda