Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai

    KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Pelaksanaan peraturan baharu bagi penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan (VISP) di Malaysia ditambah dengan teknologi canggih, menjanjikan penambahbaikan signifikan terhadap keselamatan kenderaan dan kualiti perkhidmatan di samping menangani kebimbangan pengguna.

    Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.

    Bulan lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi menjadi satu-satunya VISP untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September.

    Beliau berkata Kabinet telah memutuskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dibuka kepada semua pihak yang berkelayakan, dan VISP baharu mesti memenuhi ambang kewangan modal berbayar RM10 juta dan modal kerja RM5 juta, memastikan hanya penyedia yang stabil dari segi kewangan memasuki pasaran. Wan Mazlina berkata syarat kewangan yang ketat itu menandakan kemudahan pemeriksaan akan dilengkapi dengan alat diagnostik terkini dan teknologi canggih.

    “Melalui penyepaduan teknologi dan menerima guna automasi, kita mempunyai peluang untuk mengurangkan masa menunggu dengan ketara di samping meningkatkan kecekapan dan ketepatan pemeriksaan kenderaan.” – Bernama

    Gambar Astro Awani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...