Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perayaan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II dimulakan

    LONDON, 2 JUN – Empat hari perayaan bagi menghormati ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II menaiki takhta akan berlangsung dengan perarakan tradisi ketenteraan British bermula dari zaman kuno berkuda dan meriam hingga zaman teknologi jet.

    Perayaan rasmi untuk sambutan Jubli Platinum dimulakan dengan Trooping the Color iaitu satu persembahan ketenteraan tahunan yang menandakan hari lahir rasmi raja sejak 1760.

    Permaisuri dijangka menyertai kaum kerabatnya di balkoni Istana Buckingham pada akhir acara, apabila 70 pesawat akan dijadualkan berlepas bagi menandakan penutup acara.

    Sambutan akan diselajurkan dengan upacara kesyukuran pada hari Jumaat di Katedral St. Paul di London, konsert di Istana Buckingham pada hari Sabtu dan pertandingan ratu cantik yang dipentaskan oleh ribuan penghibur yang turut serta dari sekolah dan kumpulan masyarakat di seluruh negara pada petang Ahad nanti.

    Ratu yang kini berusia 96 tahun merupakan pemimpin paling lama memerintah Britain dan yang pertama mencapai kejayaan tujuh dekad di atas takhta.

    Dalam perutusan jubli bertulis, Ratu Elizabteh II mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di Britain dan di seluruh Komanwel yang terlibat dalam menganjurkan perayaan tersebut.

    Bagi kebanyakan orang, majlis tersebut merupakan peluang pertama untuk sambutan besar-besaran sejak permulaan wabak COVID lebih daripada dua tahun lalu. – AP

    Ratu Elizabeth II berdiri di Balkoni Istana Buckingham ketika tentera berarak melewati Perarakan Hari Lahir Ratu, Trooping the Colour, di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...