Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perbadanan TAIB rai 31 tahun penubuhan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-31, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Makan Malam Tahunan yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Penasihat Hal Ehwal Syariah Perbadanan TAIB.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB, ahli-ahli lembaga pengarah dan Jawatankuasa Penasihat Syariah, Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim serta pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Dalam ucapan khas pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Menteri di JPM menyatakan bahawa antara pencapaian ketara Perbadanan TAIB adalah pelancaran kad debit TAIB, menaik taraf sistem perbankan teras dan pelaksanaan sistem pencegahan pengubahan wang haram yang berjaya dilaksanakan walaupun dilanda pandemik COVID-19.

    Beliau juga menyentuh mengenai misi dan visi Perbadanan TAIB yang diperbaharui, yang bertujuan untuk memberi hala tuju kepada kakitangan selaras dengan matlamat strategik Perbadanan TAIB.

    Acara kemuncak majlis ialah penyampaian anugerah perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bersara dan penyampaian anugerah kepada kakitangan yang telah memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat dari segi sukan, acara kebangsaan dan khidmat masyarakat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. – Gambar serahan Perbadanan TAIB
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...